Friday, January 7, 2011

THE RED CHILIES


Red Chilies Red Chilies Pedasss!!!!
Itu la cheer team saya.. so hot kan.. Pada 29-30 Disember 2010 saya terlibat dalam program teambuilding. Aik..?? Akhir tahun buat program teambuilding? Biasa awal tahun kan. tapi tak ape lah mungkin yang dirancang awal tahun kot tapi terlaksana pada akhir tahun. Anyway.. tu semua program jabatan dan saya turut join. Ni kira first time saya join teambuilding anjuran jabatan. Bertempat di Impiana, Cherating kami berkampung selama 3 hari. Aktiviti banyak yang terhad dek kerana musim hujan so banyak aktiviti dilakukan dalam dewan sahaja. Rasanya hanya satu aktiviti jer kat luar. Kesemua aktiviti dilakukan secara berkumpulan. Tapi yang paling best, apa jua aktiviti mesti team Red Chilies akan menang tak pun no 2. Tu semua komitmen dan semangat berpasukan yang diberi oleh team kitaorang. Caya lah Red Chilies. Juara tu..


Antara aktiviti ialah Being a child again, energy and synergy, team cheer, team explorace, ball factory, hoppers, the stargate, the saboteur dll. Yang paling saya suka mestilah time explorace. Time tu rasa mencabar sket baru la uji kita punya mental dan fizikal. Apa jua aktiviti yang penting objektif teambuilding dapat dicapai. Dapat memupuk semangat kerja berpasukan, mengerat silatulrahim, dapat mempertingkatkan kualiti kerja yang produktif dan efisien. InsyaALLAH.

Tuesday, January 4, 2011

BERJALAN TANPA HENTI

Apa pun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tidak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepian ku...

Apa pun yang terjadi
Berjalan la tanpa henti.


Aik.. tetiba je jiwang si Rahsia Hati ni.. tak caya rasanya. Dah la bertahun tak update.. setahun hanya sekali saya update blog ini (sila nyanyi ala raya) hehe. Lirik kat atas tu tiada kena mengena dengan orang tau.. mesti korang ingat saya putus cinta.. hehe. tak de lah. Sebenarnya lirik tu adalah untuk kata-kata aluan tahun baru.. apa pun yang terjadi saya nak berjalan tanpa henti. Bila saya rasa letih saya duduk sekejap pastu saya nak terus kan berjalan.. mungkin berlari.. hehe.. boleh faham tak.. simbolik tuh.. Apa yang penting semoga kepergian 2010 akan menjadi pelajaran dan kenangan. 2011 pula akan saya tempuh dengan tawakal dan berusaha mendapat keredhaan ilahi.. amin.. INSYAALLAH..

Tuesday, August 25, 2009

Tahun kedua di Putrajaya

Salam..

Selamat berpuasa..
Aku betul-betul rindu family aku. Rasa x sabo nak balik kg buke pose sama mereka. Tahun ini merupakan tahun kedua aku brposa kat putrajaya. Banyak sangat beza antara trg n putraj. Antaranya yang paling ketara makanan. Kat trg makanan lagi best n x sama rasanya. Bila aku beli kat sini nama je sama tapi rasa x sama. Makanan yang aku nak makan sangat ialah:

1) Bubur lambuk (mak aku masak)
2) Sira pisang (mak aku masak)
3) Nasi minyak (mak aku masak)
4) Kueh puteri mandi (mak aku masak)
5) Nasi lauk kuah singgang (mak aku masak)
6) Ketupat sotong (mak aku masak)
7) Sayur rebung (mak aku masak)
8) Keropok lekor (yang ni beli) hehe

Sedapnya... banyak lagi ni. Yang sebenarnya (sambil nyanyi lagu yuna) aku rindu masakan mak aku. Kat sini x sedap dah la mahal. Bila makan tu telan je x de nikmat makan.

Masak? aku boleh je nak masak tapi takat masak tuk sorang. membazir namanya. Lagipun x sama dengan rasa air tangan mak aku. Tunggu mak anakmu akan balik hujung minggu ni makan sepuas hati. Gerenti badan naik.. hehe

Wednesday, July 22, 2009

Hati dan perasaan ku

Waduh waduh.. dari hari aku buat blog ni sampai skg baru rajin update blog ni. Aku ngaku aku malas sebenarnya. heheh (anak siapa malas ni). Lagipun aku x de masa nk buat. Baru nak buat kena buat keje lain. Satu lagi x tau nak crita apa. Tu pasalnya... Sebenarnya aku ni susah sket nak bcrita lebih suka simpan dalam hati. Tetapi dek tergugat dengan blogger2 lain (kawan opis aku la tu suka sgt menfire) tiba2 je rasa diri ini kudus dan kurus... hehe.


Hari ini dengan bangga nya aku mengexpose kan diri ku ini. Hehe.. tapi nak crita apa ek? Aku rasa nak bercerita bukan nak crita tapi nak membalas pantun kawan aku yang cute sgt ari ni. (teka siapa). Tau la dia crita pasal aku. Takpe takpe ada lori ada bus. Tapi aku dah x naik bus dah. hehee

Sebenarnya kan. X nak crita la. Tu kan rahsia hati. Rahsia dihati tiada siapa yang tau. Hanya aku dan Allah s.w.t sahaja yang tahu. Yang kawan opis aku brcrita tu hanyalah sedikit je tu. Coz itu adalah fakta and auta. Banyak aku sorot2 lagi. Hehehe.

Terima lah pantun dariku ini:-

Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong tunjukan
Saya budak baru belajar
Kalu salah tolong tunjukkan

Hhehe tu je pantun dariku ini. Sebenarnya ambe baru nak blajo buat blog ni. Tu pun org (kawan opis aku yg terer buat) tolong buatkan. Kalu x sampai skg aku x de blog.

Bye. jumpa lagi

Thursday, June 25, 2009

~yahoo.. aku ada blog~

hari ni dalam sejarah aku ada blog sendiri... 25/06/2009

 
Blogger Templates by Wishafriend.com