Wednesday, April 6, 2011

Kenangan yang terindah

Antara kenangan pengalaman kerja saya yang paling saya suka dan paling terindah dalam hidup saya ialah menjadi guru prasekolah. Aik camner boleh jadi cikgu ni.. Dulu kan masa sekolah rendah bila cikgu tanya cita-cita saya. Saya mesti jawab nak jadi guru. Pastu bila dah besar sket cita2 saya berubah dari tahun ke tahun sehingga la sekarang tak tercapai lagi cita2 saya tapi jadi benda lain. Mungkin ini sudah ditakdirkan rezeki saya.. Allhamdulliah.. syukur..

Selama 2 tahun menjadi guru prasekolah banyak kenangan manis yang saya dapat. Mungkin saya rasa seronok bila bekerja jadi kerja yang saya buat menjadi lancar walaupun penat tapi tak terasa penat pun. Mungkin jiwa saya dan karekter saya yang membuat saya selesa dengan budak2.


Kelas ini saya yang hias sendiri coz ini adalah kelas baru so tahun pertama banyak benda yang perlu buat dan dirancang. Dalam kelas dah dibahagikan sudut2 untuk proses pembelajaran antara sudut kognitif, sudut membaca, sudut multimedia dll.. haha yang tu je saya ingat. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Dari pemerhatian saya kan.. apa jua aktiviti yang dilakukan, budak-budak ni seronok nak buat coz mereka suka belajar benda yang baru.. lebih2 lagi bila time kita bercerita. Bila kita buat suara2 latar mesti mereka ketawa.. seronok dengar mereka ketawa.. Setiap kali ada perayaan atau aktiviti mesti kitaorang akan turut serta...



Aktiviti semasa perarakan Maulidur Rasul.



Masa ni waktu bersukan rasanya.. suka bergambar dorang ni..



Masa ini adalah masa program Khatam Al-Quran.. Pada tahun ini berjaya pecahkan rekod khatam yang tahun lalu dan berjaya dicatat dalam Malaysia Book Of Records.. Seramai 2010 orang kanak2 berjaya khatam Quran pada hari masa tu. Anak murid saya seramai 6 orang berjaya khatam dalam usia 6 tahun. Inilah yang kita katakan, Terengganu berjaya memahat sejarah mencipta tamadun. cewah..


Bila diimbas kembali mesti saya akan rasa seronok dan merindui mereka. Tetiba saya rasa ingin menceritakan entry pengalaman saya menjadi guru ni selepas saya membaca surat khabar hari ini berkenaan dengan kisah guru yang memukul anak muridnya yang berumur 7 tahun sehingga mati tu membuat saya merasa sangat sedih.. yelah budak tu kecik lagi lebih kurang besar budak prasekolah ni je ha..tergamak betul la.. Sebenarnya tugas seorang guru ni banyak tekanan tau. Perlu banyak bersabar dengan kerenah anak muridnya. Tu semua terletak pada diri sendiri camner nak handle dan lawan perasaan baran. Bagi saya 3 perkara yang perlu ada pada seorang guru 1) ilmu pengetahuan. 2) kemahiran 3) sikap.. yang paling penting sikap, ini kerana sikap adalah kunci segalanya..

 
Blogger Templates by Wishafriend.com