Friday, January 7, 2011

THE RED CHILIES


Red Chilies Red Chilies Pedasss!!!!
Itu la cheer team saya.. so hot kan.. Pada 29-30 Disember 2010 saya terlibat dalam program teambuilding. Aik..?? Akhir tahun buat program teambuilding? Biasa awal tahun kan. tapi tak ape lah mungkin yang dirancang awal tahun kot tapi terlaksana pada akhir tahun. Anyway.. tu semua program jabatan dan saya turut join. Ni kira first time saya join teambuilding anjuran jabatan. Bertempat di Impiana, Cherating kami berkampung selama 3 hari. Aktiviti banyak yang terhad dek kerana musim hujan so banyak aktiviti dilakukan dalam dewan sahaja. Rasanya hanya satu aktiviti jer kat luar. Kesemua aktiviti dilakukan secara berkumpulan. Tapi yang paling best, apa jua aktiviti mesti team Red Chilies akan menang tak pun no 2. Tu semua komitmen dan semangat berpasukan yang diberi oleh team kitaorang. Caya lah Red Chilies. Juara tu..


Antara aktiviti ialah Being a child again, energy and synergy, team cheer, team explorace, ball factory, hoppers, the stargate, the saboteur dll. Yang paling saya suka mestilah time explorace. Time tu rasa mencabar sket baru la uji kita punya mental dan fizikal. Apa jua aktiviti yang penting objektif teambuilding dapat dicapai. Dapat memupuk semangat kerja berpasukan, mengerat silatulrahim, dapat mempertingkatkan kualiti kerja yang produktif dan efisien. InsyaALLAH.

2 comments:

khairanimaisurah said...

dubuk oren tetap best hahaha

aziliana said...

nurilhami : dubuk oren memang nakal..

 
Blogger Templates by Wishafriend.com