Wednesday, February 9, 2011

8 hari 7 malam

Pada 24-31 Januari saya berkampung kat Sarawak bersama K.Kay. Seminggu round-round Sarawak. Waaa bukan bercuti tapi kena keje.. Dari Kuching terbang ke Miri pastu terbang Ke Bintulu pastu terbang ke Sibu.. masa sangat padat langsung tak sempat nak shoping nak ngorat pun tak sempat.. hehe.. sempat lagi.. Ni kali ke 3 saya ke Sarawak. Biasanya saya akan beli kek lapis untuk buah tangan tapi kali ni langsung tak beli apa-apa.. sadis betul la.. tu yang rasa banyak duit tak abis.. hehe abis kat hotel n transport je.. tak caya rasanya..

Bila balik semenanjung tengok balik gambar yang diambil barula perasan rupanya saya termelawat ke tempat-tempat yang cikgu geografi pernah ajar masa sekolah dulu.. antaranya Gua Niah, gua terbesar di Malaysia. Masa tu pergi ke pusat ujian Batu Niah. Masa tu dah rasa macam crew TV3 Bersamamu cuma tak bawa beras faiza je.. hehe. Pergi-pergi rupa nya tempat tu baru je surut dari banjir.. sunguh sadis sekali.. bila tak boleh buat keje ingat boleh la nak teroka Gua Niah tapi bila dengar 4 jam perjalanan terus tak jadi kerana nak berkejar ke Miri pulak. Dapat ambik gambar dari jauh jadila.. huhu
nampak tak Gua Niah.. hehe

Masa kat saya Sibu pulak, saje nak tengok pemandangan dari bilik hotel saya nampak cam laut. Tanya saya pada K.Kay "tu sungai ke laut". Jawab k.kay "sungai laa". Saya pun cakap "ala sibu ni tak ada apa-apa la. Dah la 2 hari kat sini mesti boring tak boleh nak merendet". On the way ke pusat ujian Sibu 1 berborak dengan uncle (taxi driver) "uncle kat sini ada apa?", jawab uncle "sini ada Sungai Rajang. "hah... oo rupanya yang kita tengok kat hotel tu Sungai Rajang". Nampak sangat saya ni tak google.. hehe bak kata pepatah tak elert. Kitaorang pun beria-ria nak pergi. Petang keesokanya kitaorang pun pergi.. yeah dah dapat tengok Sungai Rajang. Sungai terpanjang dan terbesar kat Malaysia jadilah.. abis tu je tempat menarik kat Sibu.. hehe.

Ni la Sungai terpanjang kat Malaysia.

Tu adalah tempat menarik yang kitaorang dapat pergi. Kerja sebenarnya lebih penting. Alhamdulliah semua 8 buah pusat ujian yang kitaorang pergi terlaksana dan berjaya. Cuma kat Batu Niah je tak berjaya tu pun disebabkan bencana alam hehe.. cewah.. tu la antara pengalaman pahit manis bersama K.Kay di Sarawak.. mesti k.kay senyum.. hehe.. Cerita pasal gua yang terbesar dan sungai terpanjang kat malaysia ni rupanya saya pergi ke ke negeri yang terbesar sekali kat Malaysia.. Sarawak.. hehe..

1 comments:

khairanimaisurah said...

senyum... tak perlu kata apa-apa :)

 
Blogger Templates by Wishafriend.com