Thursday, February 17, 2011

Broga D daki


Sempena cuti Maulidur Rasul pada 15/02/2011 kitaorg pergi mendaki gunung eh salah Bukit Broga..hehe planing selama seminggu tu termakbul hasil usaha paksaan jugak sebenarnya hehe. Ada yang nak tanya mak dulu la.. x boleh pergi kerana ada komitmen la..mcm2 hal jugak la... nak buat camana siapa yang tul available je yang dapat join. Akhirnya seramai 8 orang dapat mendaki dengan jayanya.. hehe.

Seawal 5 pagi saya dah bangun dan bertolak kul 5.30. Fuhh walaupun mata ni berat tapi gagahkan juga bangun. Konon nak tengok matahari terbit tu yang awal. Semangat nak mendaki. Kitaorg planing nak solat kat masjid semenyih tetapi disebabkan proses menunggu si mamat sorang tu yang menyebabkan kelewatan bertolak. tinggal baru tau.. hehe.. Selesai solat kat surau presint 15 kami brtolak menuju ke Bukit Broga. Perjalanan yg mengambil masa setengah jam tu akhirnya ktorg sampai dlm kul 7 pagi. Masa tu gelap lagi la. Nak kata mencabar tu x lah sangat tapi disebabkan stamina masing2 tidak mencapai tahap memuaskan. hehe. Mula2 tu kitaorg mendaki secara berkumpulan.. tapi mungkin stamina saya dan marlia terlebih sikit hehe kami dah sampai dulu ke puncak kasih.. Lama jugak la kami menunggu yang lain sampai dlm setengah jam.. baru la nampak kelibat yg lain.. walaupun muka masing2 dah penat.. tapi bila tengok keindahan alam semulajadi ciptaan Allah s.w.t bila berada kat atas hilang rasa penat.. memang cantik.. kami apa lagi bergambar sakan lah.. tak nak lepaskan peluang bergambar..

Seronok bila buat program macam ni bersama kawan2. Ni dapat merapatkan silatulrahim lagi.. dapat relese tension bila tengok pemandangan yang cantik serta dapat sihatkan badan. Rasa nak naik lagi lah.. hehe mesti kurus bila naik hari-hari.. perasan la tu.. hehe. Kenangan bersama korang di Broga tak akan dilupakan. Best.. Lepas ni kita buat program lain lak.. hehe program apa ek.. mendaki apa?? ....... nanti saya crita dilain masa.. adios.. jumpa disana!!

1 comments:

en_me said...

meriahnyerr uooolss.. ehehe

 
Blogger Templates by Wishafriend.com