Monday, September 12, 2011

Cinta Dalam Hati

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur? ketika kita menangis? ketika kita membayangkan sesuatu?. Itu kerana hal terindah di dunia ini tidak terlihat... ketika kita menemui seseorang yang keunikannya seiring dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan CINTA dan SAYANG. Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan... tapi ingatlah...melepaskan bukan berakhirnya sebuah dunia, melainkan tercipta awal suatu kehidupan yang baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari...dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka...
Akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. Kadang-kadang kena belajar untuk melepaskan apa yang kita sayang...
Dalam urusan cinta, saya sangat jarang menang.. Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, saya TETAP MENANG hanya kerana saya berbahagia dapat merasai apa itu CINTA.. dan saya BAHAGIA..

 
Blogger Templates by Wishafriend.com