Friday, March 18, 2011

tak perlu kata apa-apa

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari pernahkah kita terfikir untuk berhati-hati ketika meluahkan setiap perkataan daripada mulut kita? Sememangnya boleh dikatakan semua orang memahami betapa pentingnya apabila mahu berkata-kata kerana jika tersilap langkah mereka boleh terjerumus ke dalam dosa. Kita hanya sekadar menguar-uarkan pepatah kerana mulut badan binasa tetapi ramai yang tidak mematuhinya. Pada dasarnya, ucapan mahupun perkataan merupakan cerminan jiwa. Saya selalu jugak tersasul bila berkata-kata. Tersasul maksud saya tersalah cakap dari segi perkataan mahupun kata-kata yang diucapkan. Kadang-kadang kata-kata perkataan yang saya lontarkan akan digelakkan kerana tersalah cakap. Ini kerana saya selalu tertukar perkataan atau seakan-akan perkataan itu. Contohnya nak sebut alamanda tapi tersebut alabama. hehe.. Yang itu tak apa bagi saya kerana tersalah sebut tapi bila kata-kata yang boleh membuat orang terasa tu yang membuat kadang-kadang saya terfikir. Mungkin bagi kita hanya sekadar bergurau tapi pernah tak kita terfikir perasaan orang yang terkena tu. Mesti sakit hati woo.. sebab kita mungkin pernah terkena kan. Kebiasanya apabila saya terasa kata-kata yang boleh menyakitkan rahsia hati saya cewah.. saya akan terdiam pastu ketawa dan tak tahu nak kata apa tapi dalam hati ni tuhan saje yang tahu. Diam bukan bererti saya kalah atau blur tapi cuma tak nak isu itu jadi hangat. Mungkin bila kita terdiam kita harap orang tu akan faham kita ni terasa dengan kata-kata dia. Tapi kan biasanya orang macam tu tak kan faham malah rasanya semakin menjadi-jadi menfire kita. Kawan saya pernah cakap kalau orang macam tu kita patut fire balik je.. kena ajar baru dia faham.. tapi saya tak reti nak buat macam tu.. susah la.. Bagi saya kata-kata yang diucapkan yang melibatkan maruah dan fizikal seseorang tu memang tak patut usik pun, sentuh apatah lagi kan. Kita sekadar boleh berharap satu hari dia akan sedar dan belajar memahami apa itu 'menjaga hati dan perasaan orang lain'.. perkara ini juga untuk diri saya supaya muhasabah kan diri supaya fikir dulu sebelum cakap.. renung-renungkan dan selamat beramal..

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com