Thursday, March 3, 2011

Ladies day2


Selesai ktorg melawat Tea Boh Center kitaorg ke Bee Farm. Kat situ banyak rumah2 lebah.. ye ke panggil rumah lebah ke sarang lebah.. panggil rumah la coz tak nampak cam sarang.. macam rumah.. cantik.. hehe.. sekejap je ktorg kat Bee farm coz banyak sgt lebah.. kalau nak pergi hati2 tau.. kalau kena sengat, pihak Bee Farm tak akan bertanggungjawab lagi satu tak ada sediakan topeng muka.. tu bahaya tu.. walau banyak lebah tapi yang hairan lebah tak de pulak pergi sengat kita.. sangat jinak.. rasanya sebab tak jolok kot..tu yang tak kejar hehe... ktorang je takut.. sampai nak turun bawah pun takut.. ambil gambar kat atas je la..

Selesai melawat Bee Farm on the way balik rumah ktorang singgah kat pasar beli jagung.. ktorang makan dalam kereta je.. buat alas perut sebelum makan malam.. padahal memang kuat makan..hehe.


hehe mulut penuh dengan jagung.

"Hari dah magrib baru nak balik rumah.. berjalan sakan korang ni" .. hehe tu leteran mak la kalau kat rumah sendiri ni.. tapi balik je rumah (homestay) tak de orang nak berleter tapi mendengar rungutan kawan2 tersayang.. kesian pulak dengarnya. "penat la.. malas rasa nak keluar.." Ktorang gagah juga diri ni untuk keluar.. bukan apa kerana lapar sanggup keluar pergi makan kalau tak rasanya dah tidur lena diulit mimpi..hehe.. Tempat makan malam kitorang ke Ikan Bakar Pak Nik. Best ikan bakar dia.. harga pun ok.. ramai jugak orang makan kat situ.. cuma satu je dalam menu tak de ikan bakar perisa strawberies.. hehe

tengok ikan bakar tu berasap sampai sekarang.. hehe


Selesai makan malam ktorg pusing2 kat area town tapi kerana tak ada tempat melepak yang best ktorang terus balik rumah tidur.. Itulah aktiviti kami pada hari pertama di Cameron.. nanti bersambung pulak hari kedua kami kat Camron High.. adios..

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com