Tuesday, March 1, 2011

Ladies Day

Kalau diikutkan hari-hari 'ladies day' bagi saya. Tapi weekend lepas 'ladies day' spesel sikit. Saya n kawan-kawan pergi mendaki ke Cameron Highland dengan kereta hehe. Seingat saya last sekali saya bercuti ke Camron bersama family masa tu saya baru je remaja, rasanya Form 1.. kecik lagi masa tu.. kecik ke?? hehe.. beza la masa dulu saya pergi tu.. masa tu kan.. rasa sejuk je sampai tak mandi 3 hari.. haha kantoi.. tapi kan sekarang tak rasa sejuk pun.. malam je rasa sejuk sikit.. aa la kenapa tak sejuk? dunia kita semakin panas kot.. jadi tak payah la bawak baju sejuk banyak2 yer..

Di awal pagi jumaat kitaorang bertolak.. perjalanan ke tanah tinggi tu penuh berliku-liku macam ular kena palu.. saya yang drive tak rasa pening tapi dek kerana para penumpang yang merungut pening saya memotivate kan diri supaya tak pening.. so saya banyak diam dari bercakap.. sorry nyer kawan2 bukan badmood tapi takut termuntah.. hehe..

Sampai je terus cari homestay Taman Sedia kat area tanah rata. Kitaorang saje je nak merasa duduk homestay baru rasa betul2 tinggal kat kampung cameron. Asyik stay kat hotel je tak best. Masuk je kawasan homestay tengok banyak nya kebun strawberrie.. sebelah rumah kitaorang je.. chess buat macam rumah sendiri plak.. Best jugak kalau rumah ada kebun strawberrie tak pun kebun anggur.. hari-hari boleh petik pastu makan.. hehe berangan..

Banyak jugak tempat2 menarik yang boleh melawat kat sana offcos la Strawberries Farm, Bee Farm, Teh Boh Center, Flowers Farm, Kaktus. Aktviti yang memang wajib setiap kali melawat tu apalagi bergambar la..


Best la dapat berjalan kat ladang teh ni. Segar je udara..

Berehat sekejap.

Kat sini boleh tengok proses buat teh, kronologi teh boh, boleh minum2 n ofcos boleh beli teh.

Aktiviti hari pertama kitaorg pergi ke ladang teh dan bergambar kat area Smoke House. Smoke House tu bukan tempat merokok tau. Tapi kat situ ada hotel dan restaurant. Kat situ english stail dan banyak pokok bunga yang cantik. Rasa kat oversea plak.. berangan lagi.. hehe..Apalagi bergambar sakan la kitaorg. Lepas tu kitaorg servey2 ke tempat yang akan nak merendet keesokannya. Tak jauh pun dari tanah rata ke brincang dalam 10 minit je. Sepanjang perjalanan banyak la tempat2 yang menarik. Dalam kepala dah set dah mana nak pergi keesokanya. Nanti saya sambung cerita ek.. adios..

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com