Friday, March 18, 2011

tak perlu kata apa-apa

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari pernahkah kita terfikir untuk berhati-hati ketika meluahkan setiap perkataan daripada mulut kita? Sememangnya boleh dikatakan semua orang memahami betapa pentingnya apabila mahu berkata-kata kerana jika tersilap langkah mereka boleh terjerumus ke dalam dosa. Kita hanya sekadar menguar-uarkan pepatah kerana mulut badan binasa tetapi ramai yang tidak mematuhinya. Pada dasarnya, ucapan mahupun perkataan merupakan cerminan jiwa. Saya selalu jugak tersasul bila berkata-kata. Tersasul maksud saya tersalah cakap dari segi perkataan mahupun kata-kata yang diucapkan. Kadang-kadang kata-kata perkataan yang saya lontarkan akan digelakkan kerana tersalah cakap. Ini kerana saya selalu tertukar perkataan atau seakan-akan perkataan itu. Contohnya nak sebut alamanda tapi tersebut alabama. hehe.. Yang itu tak apa bagi saya kerana tersalah sebut tapi bila kata-kata yang boleh membuat orang terasa tu yang membuat kadang-kadang saya terfikir. Mungkin bagi kita hanya sekadar bergurau tapi pernah tak kita terfikir perasaan orang yang terkena tu. Mesti sakit hati woo.. sebab kita mungkin pernah terkena kan. Kebiasanya apabila saya terasa kata-kata yang boleh menyakitkan rahsia hati saya cewah.. saya akan terdiam pastu ketawa dan tak tahu nak kata apa tapi dalam hati ni tuhan saje yang tahu. Diam bukan bererti saya kalah atau blur tapi cuma tak nak isu itu jadi hangat. Mungkin bila kita terdiam kita harap orang tu akan faham kita ni terasa dengan kata-kata dia. Tapi kan biasanya orang macam tu tak kan faham malah rasanya semakin menjadi-jadi menfire kita. Kawan saya pernah cakap kalau orang macam tu kita patut fire balik je.. kena ajar baru dia faham.. tapi saya tak reti nak buat macam tu.. susah la.. Bagi saya kata-kata yang diucapkan yang melibatkan maruah dan fizikal seseorang tu memang tak patut usik pun, sentuh apatah lagi kan. Kita sekadar boleh berharap satu hari dia akan sedar dan belajar memahami apa itu 'menjaga hati dan perasaan orang lain'.. perkara ini juga untuk diri saya supaya muhasabah kan diri supaya fikir dulu sebelum cakap.. renung-renungkan dan selamat beramal..

Tuesday, March 8, 2011

Ladies Day3

Sempena hari wanita sedunia ni (8.3.2011) saya sambung cerita saya pada sambutan 'ladies day' kami kat camron High. Pagi2 lagi ktorg dah keluar berjalan. First tempat ke Strawberries Farm. Bolehlah merasa memetik buah strawberries. Pastu ktorg ke Kaktus Farm, abis bergambar saya sempat beli beberapa kaktus untuk dijadikan buah tangan.


Strawberries Farm.. geram tengok buah yang segar2 tu..


Kaktus Farm.. harga banyak murah wooo..

Flowers Farm.. banyak sangat bunga
cantik nyer bunga ni..

shoping kat pasar..

Selepas makan tengahari kat tanah rata, ktorg bersepakat untuk ke pasar area Brincang membeli barang2 untuk dijadikan buah tangan. Banyak tul buah dan sayur yang fresh. Bunga pun ada. Sempat jugak la saya shoping antaranya bunga lavender, bunga forget me not. (sampi skg tak layu lagi) buah strawberries, jambu, jagung, sayur, bantal strawberri pun beli.. itu adalah aktiviti paling last sebelum turun dari Camron. Bonet yang kosong penuh dengan barang2.. baru puas hati.. tak sah kalau tak membeli.. hehe.. barulah lengkap 'ladies day' ktorg..

Adios..

Thursday, March 3, 2011

Ladies day2


Selesai ktorg melawat Tea Boh Center kitaorg ke Bee Farm. Kat situ banyak rumah2 lebah.. ye ke panggil rumah lebah ke sarang lebah.. panggil rumah la coz tak nampak cam sarang.. macam rumah.. cantik.. hehe.. sekejap je ktorg kat Bee farm coz banyak sgt lebah.. kalau nak pergi hati2 tau.. kalau kena sengat, pihak Bee Farm tak akan bertanggungjawab lagi satu tak ada sediakan topeng muka.. tu bahaya tu.. walau banyak lebah tapi yang hairan lebah tak de pulak pergi sengat kita.. sangat jinak.. rasanya sebab tak jolok kot..tu yang tak kejar hehe... ktorang je takut.. sampai nak turun bawah pun takut.. ambil gambar kat atas je la..

Selesai melawat Bee Farm on the way balik rumah ktorang singgah kat pasar beli jagung.. ktorang makan dalam kereta je.. buat alas perut sebelum makan malam.. padahal memang kuat makan..hehe.


hehe mulut penuh dengan jagung.

"Hari dah magrib baru nak balik rumah.. berjalan sakan korang ni" .. hehe tu leteran mak la kalau kat rumah sendiri ni.. tapi balik je rumah (homestay) tak de orang nak berleter tapi mendengar rungutan kawan2 tersayang.. kesian pulak dengarnya. "penat la.. malas rasa nak keluar.." Ktorang gagah juga diri ni untuk keluar.. bukan apa kerana lapar sanggup keluar pergi makan kalau tak rasanya dah tidur lena diulit mimpi..hehe.. Tempat makan malam kitorang ke Ikan Bakar Pak Nik. Best ikan bakar dia.. harga pun ok.. ramai jugak orang makan kat situ.. cuma satu je dalam menu tak de ikan bakar perisa strawberies.. hehe

tengok ikan bakar tu berasap sampai sekarang.. hehe


Selesai makan malam ktorg pusing2 kat area town tapi kerana tak ada tempat melepak yang best ktorang terus balik rumah tidur.. Itulah aktiviti kami pada hari pertama di Cameron.. nanti bersambung pulak hari kedua kami kat Camron High.. adios..

Tuesday, March 1, 2011

Ladies Day

Kalau diikutkan hari-hari 'ladies day' bagi saya. Tapi weekend lepas 'ladies day' spesel sikit. Saya n kawan-kawan pergi mendaki ke Cameron Highland dengan kereta hehe. Seingat saya last sekali saya bercuti ke Camron bersama family masa tu saya baru je remaja, rasanya Form 1.. kecik lagi masa tu.. kecik ke?? hehe.. beza la masa dulu saya pergi tu.. masa tu kan.. rasa sejuk je sampai tak mandi 3 hari.. haha kantoi.. tapi kan sekarang tak rasa sejuk pun.. malam je rasa sejuk sikit.. aa la kenapa tak sejuk? dunia kita semakin panas kot.. jadi tak payah la bawak baju sejuk banyak2 yer..

Di awal pagi jumaat kitaorang bertolak.. perjalanan ke tanah tinggi tu penuh berliku-liku macam ular kena palu.. saya yang drive tak rasa pening tapi dek kerana para penumpang yang merungut pening saya memotivate kan diri supaya tak pening.. so saya banyak diam dari bercakap.. sorry nyer kawan2 bukan badmood tapi takut termuntah.. hehe..

Sampai je terus cari homestay Taman Sedia kat area tanah rata. Kitaorang saje je nak merasa duduk homestay baru rasa betul2 tinggal kat kampung cameron. Asyik stay kat hotel je tak best. Masuk je kawasan homestay tengok banyak nya kebun strawberrie.. sebelah rumah kitaorang je.. chess buat macam rumah sendiri plak.. Best jugak kalau rumah ada kebun strawberrie tak pun kebun anggur.. hari-hari boleh petik pastu makan.. hehe berangan..

Banyak jugak tempat2 menarik yang boleh melawat kat sana offcos la Strawberries Farm, Bee Farm, Teh Boh Center, Flowers Farm, Kaktus. Aktviti yang memang wajib setiap kali melawat tu apalagi bergambar la..


Best la dapat berjalan kat ladang teh ni. Segar je udara..

Berehat sekejap.

Kat sini boleh tengok proses buat teh, kronologi teh boh, boleh minum2 n ofcos boleh beli teh.

Aktiviti hari pertama kitaorg pergi ke ladang teh dan bergambar kat area Smoke House. Smoke House tu bukan tempat merokok tau. Tapi kat situ ada hotel dan restaurant. Kat situ english stail dan banyak pokok bunga yang cantik. Rasa kat oversea plak.. berangan lagi.. hehe..Apalagi bergambar sakan la kitaorg. Lepas tu kitaorg servey2 ke tempat yang akan nak merendet keesokannya. Tak jauh pun dari tanah rata ke brincang dalam 10 minit je. Sepanjang perjalanan banyak la tempat2 yang menarik. Dalam kepala dah set dah mana nak pergi keesokanya. Nanti saya sambung cerita ek.. adios..

 
Blogger Templates by Wishafriend.com