Friday, January 7, 2011

THE RED CHILIES


Red Chilies Red Chilies Pedasss!!!!
Itu la cheer team saya.. so hot kan.. Pada 29-30 Disember 2010 saya terlibat dalam program teambuilding. Aik..?? Akhir tahun buat program teambuilding? Biasa awal tahun kan. tapi tak ape lah mungkin yang dirancang awal tahun kot tapi terlaksana pada akhir tahun. Anyway.. tu semua program jabatan dan saya turut join. Ni kira first time saya join teambuilding anjuran jabatan. Bertempat di Impiana, Cherating kami berkampung selama 3 hari. Aktiviti banyak yang terhad dek kerana musim hujan so banyak aktiviti dilakukan dalam dewan sahaja. Rasanya hanya satu aktiviti jer kat luar. Kesemua aktiviti dilakukan secara berkumpulan. Tapi yang paling best, apa jua aktiviti mesti team Red Chilies akan menang tak pun no 2. Tu semua komitmen dan semangat berpasukan yang diberi oleh team kitaorang. Caya lah Red Chilies. Juara tu..


Antara aktiviti ialah Being a child again, energy and synergy, team cheer, team explorace, ball factory, hoppers, the stargate, the saboteur dll. Yang paling saya suka mestilah time explorace. Time tu rasa mencabar sket baru la uji kita punya mental dan fizikal. Apa jua aktiviti yang penting objektif teambuilding dapat dicapai. Dapat memupuk semangat kerja berpasukan, mengerat silatulrahim, dapat mempertingkatkan kualiti kerja yang produktif dan efisien. InsyaALLAH.

Tuesday, January 4, 2011

BERJALAN TANPA HENTI

Apa pun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tidak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepian ku...

Apa pun yang terjadi
Berjalan la tanpa henti.


Aik.. tetiba je jiwang si Rahsia Hati ni.. tak caya rasanya. Dah la bertahun tak update.. setahun hanya sekali saya update blog ini (sila nyanyi ala raya) hehe. Lirik kat atas tu tiada kena mengena dengan orang tau.. mesti korang ingat saya putus cinta.. hehe. tak de lah. Sebenarnya lirik tu adalah untuk kata-kata aluan tahun baru.. apa pun yang terjadi saya nak berjalan tanpa henti. Bila saya rasa letih saya duduk sekejap pastu saya nak terus kan berjalan.. mungkin berlari.. hehe.. boleh faham tak.. simbolik tuh.. Apa yang penting semoga kepergian 2010 akan menjadi pelajaran dan kenangan. 2011 pula akan saya tempuh dengan tawakal dan berusaha mendapat keredhaan ilahi.. amin.. INSYAALLAH..

 
Blogger Templates by Wishafriend.com